JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Tuesday, February 16, 2010

PeRKeMBaNGaN MiNGGu Ke 16(4BuLaN)

Pada akhir bulan keempat,ukuran janin semakin meningkat kepada 10cm panjang.kini ia mula beroleh sumber makanan daripada uri,sejak minggu ke 14.Baby semakin mampu menghisap jarinya.Malah jika anda mengadakan pemeriksaan kandungan,anda juga mampu mendengar degupan jantungnya.Dalam minggu ini juga,baby mula membesar,matang serta mampu untuk hidup sendiri.Anda digalakkan membaca surah Yusuf.Ini kerana roh mula ditiupkan kepadanya dan proses pembentukkan janin bermula.


Perubahan anda. . .Anda sepatutnya merasa lebih selesa.Anda akan merasa seronok dan gembira.Perubahan pada warna kulit mungkin berlaku.Puting dan sekitar buah dada menjadi lebih gelap dan garisan hitam akan muncul dibahagian tengah bawah perut anda.Tahi lalat dan bintil di kulit akan menjadi lebih gelap.Ia akan hilang sebaik sahaja anda melahirkan.Buah dada anda mungkin masih dalam saiz normal,anda akan mendapati ia mula membesar.Anda akan kehilangan saiz pinggang anda.Perut mula nampak sedikit membesar dan bulat.selera makan anda akan bertambah oleh perkembangan baby.
(Dipetik dari buku mengatasi masalah hamil&kelahiran)


No comments:

Post a Comment