JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Monday, May 31, 2010

•31hb mei 2010•

Salam semuanya. . .

31hb mei adalah hari ulangtahun ABDB(angkatan bersenjata diraja Brunei) yang ke49tahun. . .

Memandangkan my hubby seorang tentera so nak wish sikit. . .

Buat suamiku sarjan 12334 Erwandy. .kau adalah perwira bagiku. .laksanakanlah tugasmu dengan ikhlas dan jujur. .pertahankan negara Brunei Darussalam. .
kau adalah bapa perwira bagi anak2 kita. .

'Selamat ulangtahun ABDB yg ke49tahun kepada tentera2 Brunei Darussalam'




Sunday, May 30, 2010

•CHeCK uP @ 32WeeKS•

Salam semua. . .

Hari sabtu lepas aku check up seperti biasa. . .takde jumpa doktor sepanjang 4bulan.mbe aku takde apa2 masalah.syukur sangat2. . .

Sampai kat klinik dah pukul 8lebih. . .tengok kat tempat letak kreta dah penuh so my hubby just turunkan aku n Elly n my hubby pergi servis kreta. . .

Masuk kat klinik memang dah penuh ngan orang2 yang ada perjanjian kat klinik. . .ibu2 mengandung pun memang banyak tym jam2 macam ne.aku memang tak pernah datang lewat.baru je sabtu lepas datang lewat coz bertolak dari Tutong memang makan masa yang agak lama. . .so aku dapat no.17. . .

Seperti biasa aku test urine kat toilet then timbang berat. . .pastu wait giliran kena panggil.

Dalam masa setengah jam aku menunggu tibalah giliranku. .

Nurse: berat hari ne berapa?
Aku:54.8kg
Nurse:kenapa turun?
Aku:mbe sebab aku pindah rumah n takde full rest kot
Nurse:owh. . .urine ok?
Aku:ok. .
Nurse:baring kat katil k

Aku pun baring n nurse pun sukat perut then dengar degupan jantung baby. . .laju je bunyi jantung baby.ehe. . .selesai je check jantung,aku duduk semula.

Nurse:ubat masih ada?
Aku:ada. .
Nurse:cukup sampai perjanjian 2minggu?
Aku:cukup. . .
Nurse:ok kalau macam tu saya takyah kasi awak ubatlah.
Aku:ok. .
Nurse:arini awak kena ambil darah k
Aku:ok. .
Nurse:perjanjian awak 12hb june. . Jangan lupa datang.
Aku:k

Dah selesai aku pun pergi kebilik tuk ambil darah. .tak sampai 5minit aku menunggu tibalah giliranku. . .pastu aku pun wait my hubby tuk ambil aku n Elly tapi my hubby tak dapat ambil coz still servis kreta. .so sms my mum tuk ambil kami berdua.nasib bek my mum n my dad otw balik rumah.lagipun rumah my parent dekat je ngan klinik. . .

P/s:- dah masuk 8bulan ne perut semakin berat. .jalan dah macam penguin. .tapi masih lagi boleh shopping2.ehe. . .



Wednesday, May 26, 2010

•TaK DaPaT eSCaPe•

Salam semuanya. . .

Alahai aku cuba dalam sekejap je escape dari update blog tapi takleh ler. . .nanti banyak pulak sarang labah2 kat blog aku ne. . .

Aku baru je siap sediakan barang2 rumah untuk dibawa pindah esok. . .takdelah banyak sangat. . .cukup2 muat dalam kereta. . .kalau ada space lagi boleh tambah isi barang. . .



Lepas Reehan balik sekolah esok barulah kami akan mengangkat barang2 kerumah baru. . .lagi cepat pindah lagi bagus. . .ehe. . .

P/:- Esok Elly akan check up untuk umur 2tahun. . .nak bagi hadiah apa ye tuk anak daraku ini?! Belum teklik lagi ler. . .

•PeNaT•

Salam pagi semua. . .

Kenapa aku penat??. . . .

Sebab. . .kami akan berpindah rumah. . .kemarin kami baru je start cuci2 rumah. . .rumah kerajaan. . .tingkat 3. . .penat tau naik tangga ngan perut memboyot ne. . .angkat barang2. . .memang penat sangat. . .

Gambar dibawah ne rumah kami yang baru. . .so jom tengok. . .


Rumah kami no.10


Ruang tamu. . .


Sudut beranda. . .


Ruang dapur. . .


Bilik master room. . .


Bilik mandi n jamban dalam master room. . .


Bilik kedua. . .


Bilik ketiga. . .


Jamban serta bilik mandi yang berasingan. . .tuk tetamu yang datang. . .

Rumah ne memang cantik n besar daripada tempat yang kami tinggal sekarang. . .kami cuma ada masa selama 2minggu sahaja untuk berpindah. . .itu memang dah jadi rule pada sesiapa saja yang nak pindah. . .so aku akan bizi n tak dapat nak buat entry pasne. . .bila dah pindah betul2 baru aku akan buat entry tentang rumah kami. . .

P/s:- Nanti petang nak bawa Elly ke klinik coz ada perjanjian untuk buka jaitan. . .

P/s:- Esok bufday Elly yg ke-2tahun. . .

Tuesday, May 25, 2010

•eLLY WiTH ReD CaP•

Salam semuanya. . .

Hari ne takde citer. . .mbe esuk baru ada. . .ehe. . .so tengok gambar je ye!















Monday, May 24, 2010

•PeRFuMe•

SalaM. . .
Sempena Hari Ibu yang lepas my hubby ada bagi present 4 me tapi takdelah suprise. .my hubby suruh me pilih sendiri apa yang me mau. .dah lama me minta belikan my hubby perfume so me pun pilih2 perfume yang me suka. .
Me pilih brand 'AIGNER' coz bau perfume ne sedap. .my hubby pun suka so my hubby pun bayar.harga perfume ne BND$105 tapi ada diskaun 50% on that day so harganya jadi BND$52.50 sahaja. . .


Botol perfume ne sangat comel. . .senang nak dibawa sana sini. . .
Kemarin selepas dari klinik kami pergi keHua ho tutong. .disana my hubby konon2 nak survey perfume untuknya. .dah lama2 tengok tersangkut gak nak beli perfume. .my hubby pilih brand 'BURBERRY'. .


Harga perfume my hubby plak BND$49.90 tapi oleh sebab my hubby jadi member kat kedai ne so dapat kurang 10% menjadi BND$44.10...my perfume still mahal.kah3.....

Saturday, May 22, 2010

•eLLY CHeCK uP•

Salam. . .

Tadi pagi bangun awal2 pukul 6lebih coz Reehan go to school.after that aku buat sarapan tuk laki aku.aku just goreng roti paratha n panaskan kari ayam dalam tin.buat minuman nescafe mix ngan milo. .

Selesai je sarapan laki aku pun mandykan Azeeq&Elly coz nak pergi ke klinik sebab Elly ada perjanjian arini tuk check luka. .

Dalam kul 8.45 pagi kami pun bertolak ke klinik. .cadang nak ke Mrs(army clinic) tapi laki aku bagitau klinik tutup arini so we all pergi ke klinik tuk pesakit luar.klinik tu dekat ngan hosital tutong.

Pagi2 tu memang hujan turun dengan lebatnya. .nak taknak terpaksa juga pi klinik coz ada perjanjian. .

Sampai je kat klinik tu,naik tingkat atas. .aku & anak2 wait tak sampai 15minit. .Kami pun disuruh masuk kedalam bilik rawatan. .laki aku tak turut sama coz takde parking so he wait dalam kereta je. .

Nurse just tengok luka kat dahi Elly. .mula2 dia cuci luka tu then dia bubuh ubat supaya luka tu cepat baik n sembuh. .sekejap je!

So next week Elly kena buka jahitan kat dahi pada 26hb. .

Sebagai penutup entry ne jom tengok gambar yang aku capture. .


Masa mula2 sampai kat keklinik.masing2 masih duduk ngan behave!


Tak sampai 5minit duduk,anak2 pun mula ler jalan sana jalan sini. .


Still cute even ada luka kat dahi. .


Elly gud gurl bila nurse cuci luka tadi.langsung tak nangis pun. .

P/s:- Lagi 5hari Elly akan berumur 2tahun. .hmm. .planning nak sambut sendiri2 je tapi macam tak seronoklah.apa2 pun tengoklah macam mana nanti.ehe. . .

Thursday, May 20, 2010

•aDuHai eLLY•

Salam Khamis semuanya. . .


Actually story yang hendak aku share ne tentang anak daraku,Elly. . .kemarin petang pukul 4lebih macam tu tiba2 je Elly gugur dari sofa. . .



Elly gugur bukan dari depan sofa tapi dari belakang sofa tempat kita bersandar tu. .tinggi tu kn. .bila je Elly gugur aku cepat2 bangun dapatkan Elly coz aku tengok macam ada darah. . .ya Allah macam nak gugur jantungku bila tengok luka kat dahi Elly. . .mungkin dahinya terkena diantara tile kat lantai rumah. . .



Tajam jugak kn diantara tile2 ne sampai boleh terluka dahi Elly. . .


Besarkan lukanya?panjang lebih kurang 1.5cm. .nampak plak tu isi. .mula2 memang ngeri jugak aku tengok.huhuhu. . .

Semasa kejadian ne berlaku aku borak2 ngan cuzen,Ejah coz dia belajar cara nak buat karipap. .hubbyku pulak pergi ke Agen kereta coz nak ambil kereta baru kami. .bila dah Elly luka d dahi n menangis sampai tesedak2 cuzenku call her hubby minta tolong hantarkan kehospital tutong.actually her hubby duty tapi nasib baik dapat keluar sekejap.

Sebaik je her hubby sampai kami pun turun kebawah n masuk dalam kereta dengan terpaksa berhimpit2 coz kereta dia kecik yang ada 2pintu je. .dah semua masuk terus je zoom kehospital tutong.nasib baik tempat tinggal kitaorang hampir ngan hospital.tak sampai 5minit kami pun sampai.

Sampai disana aku terus meluru masuk kedalam emergency room. .cuzen Ejah daftarkan nama Elly sementara aku bawa Elly timbang berat n check tekanan darah Elly. . Bila semua ok aku n Elly disuruh masuk dalam bilik no.14. . Seram sejuk jugak aku tengok bilik tersebut yang penuh ngan alat2 yang tajam.

Aku baringkan Elly d atas katil khas. .nurse cakap"ok ke ne?u kn peknen" aku pun jawab"ok2 je". .before dorang mulakan tugas terlebih dahulu Elly kena pakai badung coz takot Elly mengamuk. .dah kena badung nurse mula injek d sekeliling luka tersebut. .aku kejap2 je tengok.nak ditinggalkan Elly aku tak sangup coz biarlah aku berada dekat dengan anakku.kalau boleh aku gantikan tempat Elly. .

Selesai je injek mulalah seisi jahit menjahit. .mula2 memang Elly cool tapi tetap gak nangis. .dah lama2 badan Elly teangkat mbe bius injek dah abis n Elly terasa kot saat jarum tu menusuk kat tempat luka.aku tenangkan Elly. .aku tak tau pulak berapa jaitan yang Elly dapat. .sudah siap jahit menjahit nurse tampal plaster.

Then kami disuruh menunggu didepan kaunter ubat. .tak sampai 5minit menunggu nama Elly pun dipanggil. .ubat pun diberi n sukatan ubat. .


Ubat panas n ubat antibiotik

P/s:- pejanjian Elly. . .

22hb. . .check luka
26hb. . .buka jaitan 

Semoga luka Elly cepat sembuh n kering. . .Amin.













Tuesday, May 18, 2010

•NUR AFIQAH FAKHIRA•

Salam semuanya. . .


Jam dah pukul 11.30 malam. .suami n anak2 aku sudah nyenyak tidur tapi aku belum lagi mengantuk.baby lam perut pun masih lagi tendang2. .


Tadi aku pergi melawat sepupuku,Miming di Hospital Ripas coz baru je melahirkan anaknya yg pertama. . .


So cute. . .berat baby ne just 2.2kg.



Muka baby ne ikut muka bapa dia. .


Suka tengok baby sedang tidur. . .


Mata sepet. . .



Lapar minum susu. . .



Ehe. . Tak sabar nak pegang baby sendiri. . .

P/s:- Tinggal 7 atau 8minggu lagi aku akan timang baby yang ke4 nanti. . .harap2 semua dipermudahkan bila aku akan bersalin nanti.Amin. . .


Saturday, May 15, 2010

•CHeCK uP @ 30WeeK•

Tadi pagi aku ada perjanjian ngan klinik.macam biasa aku test urine n timbang berat.pastu aku tunggu giliran untuk dipanggil leh nurse. . .


Dalam masa 15minit aku menunggu namaku pun dipanggil n masuk bilik no.3. . .


Nurse tanya urine ok tak?aku jawab ok je. .then tanya berapa berat aku. .berat aku sekarang 55.2kg. .naik 2kilo.nasib baik tak banyak naik.hehehe. . .


Then nurse suruh aku baring dikatil. .nurse pun sukat panjang perut aku tapi berulang x jugalah nurse sukat coz baby gerak2 sampai nurse gelak bila baby tendang.ehe. .kemudian check jantung baby. .baru je nurse letak alat tu terus je dengar bunyi jantung baby yang kencang.memang aktif betul baby lam peyut neh.


Dah selesai check baby,nurse bagi ubat macam biasa. .folic acid,fumarate n vitamin c. . .


Pasne perjanjian aku 2minggu sekali. .perjanjianku pada 29.5 hari sabtu.


Thursday, May 13, 2010

•aNaK SuLuNG aKu•

Salam semuanya. . .


Nama:- Al-izzul fareehan bin erwandy

Tarikh lahir:- 18.09.2004

Berat lahir:- 2.67kg


n3 X ne just tengok gambar anak sulung aku. . .