JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Thursday, September 30, 2010

♥BiRTHDaY PaRTY MY NieCe,BaTRiSYia♥

Assalamualaikum....



Gambar kat atas tu lah birthday gurl yang ke 1tahun..semalam trisyia menyambut ulangtahunnya d rumah mereka..memang meriah sebab ramai tul budak2 yang datang semalam..thank to mama trisyia coz invite us!




Sedikit hiasan yang dibuat oleh adik2 mama trisyia..simple but nice!









Sempat lagi ambik gambar sebelum ada orang datang...




Antara makanan yang d sediakan...semua sedap2.yang paling aku suka tart blueberry cheese.sedap betul......

Sebenarnya banyak lagi gambar2 yang aku ambil..esok aku sambung semula k sebab aku nak masak tuk lunch



Tuesday, September 28, 2010

♥GaMBaR PaGi TaDi♥

Assalammualaikum..

macammana cuaca d tempat anda?hujan ke malam ne?d Brunei hujan turun ngan lebatnya.sejuk sekali tapi aircond tetap on.ehe..malam ne aku just upload gambar je ye..


lenanya Zukhri tidur..


Tiba2 je Elly masuk dan minta aku snap gambar dia..


Elly baring dekat adik..


Sayang adik sangat sangat...nampak adik lagi besar dari kakak.


Adik dah bangun ajak tonton cerita barney...


Encem tak??..



Tuesday, September 21, 2010

♥oVeRWeiGHT♥

Assalammualaikum. . . .

Tadi pagi kitaorang bawa baby Zukhri pergi keklinik coz ada perjanjian tuk 2bulan.
Sampai je kat sana aku terus timbang berat baby n panjang badan baby.
Dah sampai nombor 5009 kami pun masuk dalam bilik no.4. . .
Macam biasa misi pun tanya. .
Misi=brapa berat baby?
Aku=6.13kg
Misi=betul ke berat baby ne.dh buka baju semua tak semasa timbang berat baby.
Aku=baby bogel td.ehe. . .
Misi=berat baby ne dah overweight.
Aku=ye ke??
Misi=pasne mesti bagi baby minum aing masak(air putih). .susu pulak jangan bagi 4oz.kena beri 3oz saja.
Aku=ok(tapi lam hati baby kuat nenen macamana nak kurangkan susu.kalau dikurangkan mesti baby mengamuk.alahai. .)
Misi=berapa panjang baby?
Aku=59cm
Misi=ok pasne jumpa doktor.
Aku=ok!

Kemudian kami pun terus je masuk dalam bilik doktor.doktor check mata,telinga,degupan jantung baby n gerak2kan kaki baby.semua ok.
Macam misi cakap tadi berat baby overweight,doktor pun cakap benda yang sama.
Selepas jumpa doktor kami pun pergi kebilik tuk injektion baby. .nasib baik sekejap je baby nangis.
Ok nak rehat sebab kepala dah pening.macam biasa sebagai penutup entry. . .










Thursday, September 16, 2010

♥SeLaMaT HaRiRaYa aiDiLFiTRi♥

Assalammualaikum. . .


Sebelum memulakan entry aku dan keluarga nak ucapkan SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN. . . .

Hari ne masuk seminggu kita berhariraya.cepat sungguh masa berlalukan.anak2 aku sungguh teruja nak beraya.bangun je dari tido mesti tanya nak pegi mana. . .kanak2lah yang meriahkan suasana dihariraya.kalau takde kanak2 mesti sunyi je kan. . .


Sedar tak sedar juga baby Zukhri sudah pun berusia 2bulan hari ne.kadang2 masih lagi aku teringat detik2 ketika melahirkannya dan kesakitan melahirkannya.

Baby Zukhri semakin bam2 sebab kuat sangat menyusu.tangan aku pun dah naik lenguh ketika mendukung dia.tak tau dah berapa kilo berat dia.perjanjian dia next week 21.9 ne n terus jumpa doktor.

Baby Zukhri pulak memang kuat tido.tak kira cuaca panas sekalipun dia tetap tido ngan nyenyaknya.kadang2 aku terpaksa kejutkan dia sebab dah terlebih masa untuk menyusu.

Alhamdullilah baby Zukhri senang dijaga sampai banyak orang nak ambik dia.hehehe. . .
Elly pulak akan nangis bila ada orang cakap nak ambik adik dia bawa pulang sambil tangan dia tunjuk2 kat adik dia.sayang tul kat adik.

Sebagai penutup entry hari ne. . .







Monday, September 06, 2010

♥BaJu RaYa aNaK2♥

Assalammualaikum...

Jam dah nak dekat pukul 11malam...baru nak update entry.yelah jam2 macam ne semua orang sudah masuk tidur kecuali aku...ehe...arini nak upload gambar ngan caption sekali ok..taknak bebel panjang2...


Baju Reehan yang warna itam...baju warna grey pulak baju Azeeq...



Rompers ne sudah semestinya baby Zukhri yang punya...






Ketiga2 gambar d atas semua kepunyaan baby Zukhri...yelah kalau dah 1st tym nak berhari raya baju kena baru...tapi takdelah beli banyak2 sebab badan baby cepat naik woo...taknak membazir!


Oppss salah upload..hahaha...ne stokin baby Zukhri...nak beli kasut untuk baby macam tak sesuai sebab baby belum pandai berjalan lagi daa...



Sunday, September 05, 2010

♥SaNDaL RaYa♥

Assalammualaikum....

Tahun ne macam biasa juga mesti ada sandal baru..memang tak sah kalau tak beli baru untuk raya tahun ne.yelah sandal tahun lepas dah tak muat kat kaki.hahaha...

Jom tengok sandal yang aku beli untuk diri sendiri & sandal anak2...


Sandal ne mestilah aku punya.harganya B$14.90


Sandal anak dara aku Elly ngan harga $11.90


Yang ne sudah semestinya untuk anak lelaki aku Reehan&Azeeq..sandal alladin ne harganya B$10.80

Untuk bby zukhri pulak takyah beli coz takde kasut kecik..pakai stokin jelah...ehe.


Friday, September 03, 2010

♥ZaKaT♥




Assalammualaikum...

Alhamdullilah 1hb lepas my asben dah pun selamat bayar zakat untuk kami anak beranak..

Zakat untuk tahun ini sama seperti tahun2 lepas iaitu $2.84 setiap seorang so harga zakat kami anak beranak tahun ini adalah $17.04...

Seperti biasa juga my asben akan bayar $20 tanpa meminta lebih duit sebab lebih duit tu akan dikira sedekah..kita tak akan rugi apa2 pun.

So korang dah bayar zakat ke??ehehe...


Thursday, September 02, 2010

♥GYLa CHeeSe♥

Assalammualaikum...


Lately ne kan aku suka benar nak makan makanan yang mengandungi cheese..entah kenapa aku pun tak tau.nak kata mengidam tak patot tapi tekak aku neh memang sentiasa nak makan cheese saja.

Kadang2 tu bila teringatkan cheese aku pasti akan telan airliur.teruk kan aku neh.ehehe....

Antara makanan yang mengandungi cheese yang selalu aku telan tiap2 malam n mesti ada stok dalam almari makanan....




Cheeselatos...memang sedap tau..



Cheeseroll...yang ne pun marveles...banyak cheese d dalamnya...


cheese bread...yang ne aku baru je beli n rasa tadi...rasanya not bad n cheese dia memang terasa banget...ehe...

Aku nak tanya korang...cheese ne boleh mengemukkan badan ke??

P/s:- badan aku sekarang macam makin naik ler...uwaa nak diet tapi macam tak boleh je :p

Wednesday, September 01, 2010

♥BaNGuN SaHuR♥

Assalammualaikum...

Jam dah pukul 5pagi...baru je lepas besahur ngan asben...ada juga yang ikut bangun besahur dengan kami...





Baby bolat neh yang ikut sahur ngan kami..ngam2 je bunyi alarm kat hp berbunyi dia pun ek ek nak nenen...bila dah kenyang dia pun tidur dengan lenanya sampai aku cium2 pipi dia kuat2 pun dia tak sedar..ehe..

K lah aku nak tidur ngan baby bolat..daa..selamat berpuasa!