JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Sunday, February 27, 2011

✿ jerudong park playground ✿








*gambar kat atas search from google*


Salam semuanya yang sudi singah sini..dah lama tau tak update entry..seminggu dah aku tinggalkan rumahku tanpa sebarang berita sensasi dan panas.hihihi...korang apa kabar? aku?...masih lagi selizma dan batuk..dah sebulan tau aku tak sihat.segala ubat dah aku telan tapi belum juga sembuh2.dugaan.

Ok berbalik pada topik kat atas..semalam kami sekeluarga pergi ke jerudong park with my whole family..seronok tau kitaorang borak2 sakan.yelah dah lama sangat tak pergi sana.last pun masa aku masih lagi preggy 7bulan lebih..sekarang baby dah umur 7bulan lebih dan merasalah jejak kaki kat sana.dulu dalam perut tak nampak apa2pun.hahaha...

Sekarang jerudong park dalam renovate..bulan depan baru ada permainan yang baru..so dah ada permainan yang baru nanti planning nak kesana lagi..insyaallah.semalam lupa nak ambik gambar sebab asyik borak2 n makan2..makanan pun terlalu banyak sampai tak tahu nak makan apa.last2 aku makan nasi pusu je sebungkus.itu pun dah kenyang..k lah ini je entry tuk hari ini.nanti aku crita lagi ye.sampai jumpa...






Thursday, February 17, 2011

✿ keropok udang ✿

Tadi pagi kerana aku terlalu rajin aku goreng keropok udang 2paket.dah lama tau tersimpan dalam kabinet dapur.laki aku beli kat limbang masa tahun lepas.kalau bab2 goreng neh memang aku agak malas sikit.hihihi..












Makan ngan lada memang sedap...


Wednesday, February 16, 2011

✿ 7bulan sudah my baby✿


cubaan untuk mengangkat dada yg agak tinggi..


favorit di masa lapang suka hisap tangan sampai meleleh airliur.hihihi...


suka ketap bibir...


nak ambil hp mama..



lately ne suka sangat buat muka macam ne..

Saturday, February 12, 2011

✿ milo ball✿



Baru 1st try buat milo ball neh..senang je nak buat..rasa pun sedap sebab manis..
nak tau resepi ne ke??ok2 aku kasi tau ye..

Bahan2..
200gram cornflakes
200gram milo atau vico
80gram madu

Caranya..
1.hancurkan terlebih dahulu cornflakes.
2.satukan semua bahan2 sampai adunan menjadi melekat..
3.sudah sebati n melekat bolehlah dibulat2kan macam kat gambar atas tu tadi..
4.supaya adunan benar2 bersatu simpan dalam peti ais selama setengah jam sebelum dihidang.

p/s: aku suka buat sebab takyah nak masak2 n pakai oven.hahaha...

Wednesday, February 09, 2011

✿ bila sidia menjadi zukhriah ✿






HAHAHAHA!!!!....kita gelak dulu ramai2..ini baby zukhri aku.bukan zukhriah tau..saja2 je nak main2 ngan dia pakaikan tudung.comel pulak bila dia pakai tudung.agak2 nanti kalau aku beranak mesti girl yang kuar sebab aku minat ngan baby girl tapi bila difikir2kan taknaklah aku..serem banget bila fikirkan tentang kontraksi tu..opps lari dari tajuk pulak dah..hihihi..


Monday, February 07, 2011

✿ gantung! ✿



Disebabkan aku malas nak lipat baju2 yang banyak..sebahagian baju aku gantung je.lagi senang nak pilih baju kalau nak jalan2.hihihi..


Saturday, February 05, 2011

✿ gambar sebelum&sesudah botak✿

SEBELUM BOTAK...







SESUDAH BOTAK..










Ini kali kedua my baby botak..dulu sudah pernah masa umur dia 1bulan..dulu aku juga yang cukur sendiri rambut baby..tym ne pun aku juga yang cukur lagi rambut baby..ramai tau orang cakap "beraninya kau cukur?"..hihihi..cukur masa baru2 neh memang banyak cabaran tau sebab baby tak pandai duduk diam.nasib baik tak luka.kalau luka memang aku takleh maafkan diri aku...

Tuesday, February 01, 2011

✿ batuk & selesma ✿


Kelmarin petang aku ajak hubby keklinik swasta sebab anak2 batuk&selesma..aku boleh je bawa keklinik kerajaan n dapat ubat free tapi disebabkan ubat2 kat sana tak berapa serasi ngan anak2 so better bawa keklinik swasta.walaupun agak mahal tapi berbaloi sebab ubat swasta ne ok je ngan dorang.so kami pergi keklinik Dr.amir digadong.walaupun hujan lebat kami terpaksa redah jelah.kesian tau tengok anak2 batuk neh.



sayu je muka anak dara aku neh sebab takde mood..


budak kecik ne pulak sentiasa senyum je walaupun tak sihat.murah senyuman..

Sampai je kat sana letak kad kecik terus je kena suruh masuk lam bilik doktor memandangkan tiada patient.nasib baik tak tunggu lama.dah siap cek semua kena tunggu dulu sebab ambil ubat.harga semua ubat2 $46 untuk 4botol..



dari kiri ke kanan=ubat paracetamol,ubat selesma,ubat batuk & spray hidung..


mudahan anak2 aku cepat sembuh.Amin..