JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Saturday, February 04, 2012

Amalan minum air sebelum dan selepas tidur

Tentang air lagi kerana air amat diperlukan dalam tubuh badan kita.so aku kongsikan kenapa. .jom baca!

Air bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi amat
perlu bagi membantu pertumbuhan semula sel,
membantu mengeluarkan toksik daripada tubuh dan
membantu dalam proses metabolisme tubuh.

Menurut kajian, air merupakan komponen terbesar di
dalam semua makhluk hidup. Dalam tubuh manusia
sendiri terdapat 70 peratus air. Kekurangan air di
dalam tubuh boleh mengganggu kesihatan tubuh,
malah banyak penyakit berlaku disebabkan
kekurangan air dan pengambilan air yang tercemar. Oleh itu, pengambilan air secara teratur amat
bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Air putih contohnya, sering diabaikan oleh orang
ramai terutama sekali ketika bangun daripada tidur.
Amalan minum air sebaik bangun dari tidur amat
bermanfaat untuk kesihatan. Sebenarnya, sepanjang
kita tidur di antara enam hingga lapan jam setiap
malam, kita tidak minum air sehingga menyebabkan tubuh kekurangan air.

Sepanjang tempoh tidur, tubuh akan mengeluarkan
banyak cairan melalui pengewapan. Ini kerana, tubuh
tidak berhenti bekerja biarpun kita tidur. Metabolisme
sel akan kekal berjalan dan cairan daripada sel
tubuhlah yang membantunya.

Sebab itu, kita akan berasa dahaga apabila setiap kali
bangun dari tidur. Keadaan ini perlu dipulihkan segera
dengan meminum air sebanyak 250 ml hingga 500 ml
air, bergantung kepada berat badan seseorang, agar
tubuh akan kembali segar semula.

Jika kita tidak meminum air setelah bangun daripada
tidur, tubuh akan kekurangan mineral. Untuk
permulaan, minum segelas air putih setelah bangun
daripada tidur akan membantu tubuh. Air yang
terdapat di dalam tubuh kita digunakan oleh organ-
organ tubuh yang tidak pernah berhenti bekerja termasuklah otak, jantung dan ginjal. Oleh itu, kita
disarankan minum air.

Selain itu, bukan hanya ketika bangun tidur kita perlu
minum air, tetapi sebelum tidur juga kita disarankan
untuk minum air. Tidak perlu terlalu banyak kerana
minum air berlebihan sebelum tidur akan
membuatkan kita sering terjaga malam untuk
membuang air kecil, seterusnya mengganggu kualiti tidur anda. Malah, ia juga boleh memudaratkan fungsi
jantung dan ginjal.

P/s~aku memang agak jarang sekali minum air masak sebab tak minat tapi mulai hari ini aku kena rajin minum air masak. .

No comments:

Post a Comment