JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Monday, February 20, 2012

My Homemade Pizza



Azie. .ini resepi doh pizza ye. .

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera (sebaik2nya yis mauripan)
2 sudu besar susu tepung
157 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara :
•Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
•Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dgn hanya menggunakan jari.
•Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan.Uli sehingga menjadi doh yang elastik n tidak melekat d tgn.
•Teruskan menguli lebih kurang 15 minit.
•Simpan doh di dlm satu bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab.
•Rehatkan doh selama 45-50 minit.
•Panaskan oven pada suhu 180C.
•Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dgn minyak zaitun.
•Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk2kan sedikit utk keluarkan angin.
•Kemudian letakkan doh di dlm pan dengan hanya menekan dgn telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai. Ratakan doh sehingga padat.
•Cucuk permukaan doh dgn garpu.
•Kemudian jgn lupa letak topping yg kmu suka k. .
•Masak dalam 20minit sehingga warna berubah keperangan. .

☺SELAMAT MENCUBA☺

2 comments:

  1. tq tq kak ;p dulu azie buat tgk resepi dlm buku..hihi...tah mana ilang buku tu...tq ya kak..nanti azie mau buat..hihi...tq once again kak ;p

    ReplyDelete
  2. Urwc dik ;) klu dh buat jgn lupa upload ye. .ehe ;p

    ReplyDelete