JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Friday, June 22, 2012

^mengatur kewangan^


Alhamdullilah sekarang kami sudah pandai mengatur bajet untuk bulan ini...sebenarnya senang je pun supaya bajet ada sampai hujung bulan(tym payday)...antaranya yang kami sudah aturkan...


1.Elakkan pemborosan~aku sebenarnya orang yang boros! tapi sudah fikir masak2 sebelum membeli sesuatu..adakah ianya berbaloi atau tidak barang yang hendak kita beli..

2.List barang2 yang penting sahaja~beli barang dapur memang penting tapi kadang2 ada juga yang terselit..kena tengok bajet berapa yang ada..

3.Kurangkan outing~sekarang kami jarang juga nak outing family sebab yelah nak kontrol bajetkan..kalau keluar pun sekadar pegi ke kedai runcit..itupun hubby je pun yang turun beli apa yang patot..kami sekadar makan angin je..hihihi

4.Beli baju murah~aku kalau nak beli baju,aku mesti tengok harga dulu..PENTING!..sebab ikut kemampuanlah kan..kalau tak mampu jangan beli..kalau mampu pun ingat2lah bajet..kita mesti tahan diri juga bila tengok baju cantik2 n harga pun cantik juga..huhuhu..

5.Playground~kami selalu jugak bawak anak2 main playground dipantai sebab memang tak mampu nak bawa anak2 main di jungle gym,uni arcade,jerudong park sebab tempat tu semua pakai duit..so nak save bajet bawa anak2 main dipantai..lagi best!

Itulah yang kami lakukan..Alhamdullilah sentiasa ada bajet hingga hujung bulan ini..so sesapa nak kontrol bajet bolahlah ikut cara kami..hihihi..
.

2 comments: