JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Saturday, June 23, 2012

^vico ball^

Entry lepas aku ada update entry buat 'kek vico'...hari ini aku nak share resepi buat vico ball..sebenarnya bahan2 sama je pun tapi taknak nampak entry aku terlampau ringkas aku nak juga letak resepi vico ball..hahaha...


Bahan2...

*1/2 buku mentega golden churn(unsalted)
*100gm vico(boleh diganti dengan milo kalau suka)
*30gm susu manis
*30gm nestum(boleh digantikan dengan cornflakes)
*1biji telur
*100gm biskut marie(dihancurkan)~aku guna biskut marie brand julie..perisa biasa je..
*lebihan nestum untuk mengolek vico ball yang telah dibulatkan..



adunan yang telah dimasak


Cara2nya...

*panaskan kuali dengan api kecil..
*masukkan mentega biarkan sampai mendidih sekejap..
*kemudian masukkan susu manis dan telur..gaul cepat2 dengan mengunakan whisk..
*sesudah sebati masukkan vico dan gaul rata..
*lepas itu masukkan nestum dan gaul sebati selama 10minit dan tutup api..
*masukkan biskut marie dan gaul mengunakan senduk..
*tunggu adunan sedikit sejuk bolehlah dibulat2kan..nak bulat besar pun boleh..nak bulat kecil pun ok juga..
*lepas itu golekkan dalam nestum..
*sedia untuk dimakan..

dari kanan..bulat2kan seperti bola..kemudian golek2kan dalam nestum..then sedia untuk di ngap!

Nampak senangkan..memang senang kalau rajin..hahaha..aku buat pun sebab anak2 nak makan..minggu lepas pergi kekedai runcit..anak dara aku tunjuk vico ball yang ada dijual kat kedai tu tapi tengok2 macam entahlah..mahal sangat..lebih baik buat sendiri..tapi tu lah dah delay seminggu baru aku rajin nak buat..hahaha..terukkan!


lagi cantik masukkan dalam papercup..

Baru hari ini mood rajin aku datang lagi..untuk membuat vico ball ini ambil masa selama setengah jam je..sebab simple sangat2..aku buat kecik2 je..dapatlah dalam 50biji vico ball..cukuplah untuk anak2 aku makan..
simpan dalam kontainer sebab nak sejukkan dalam peti ais..makan sejuk2 pun sedap..

Ingat nanti semasa raya aku nak buat vico ball untuk tetamu yang datang..insyaallah..raya tahun ini aku taknak banyak sangat order kek2 n biskut2 sebab membazir..huhuhu..ok itu je untuk hari ini..kalau korang nak try vico ball jangan lupa bagitau aku ek..nak juga tengok hasil yang korang buat..papai..

p/s~korang boleh komen kat chatbox aku!

4 comments:

  1. assalamualaikum.. cara kita buat ke vico atu kan guna cawan. kalau disukat guna gram punya berapa tu kira2 nya? pasal lain rumah, lain cawan la kan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Kalau guna buttercup biasa ok tak?

    ReplyDelete