JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Tuesday, February 28, 2012

Inilah Masanya



Memang inilah masanya untuk aku berehat puas2 sebelum budak kecik ne bangun. .adalah masa dalam 2jam untuk aku berehat. .kadang2 aku melipat baju. .baca novel. .kemas2 umah. .ngadap laptop. .jangan lupa tidur petang. .haha. .yelah jadi housewife ne memang kena pandai2 set masa. .k lah sementara budak kecik aku ne tidur baik aku tidur juga tapi sekejap je pun sekadar hilangkan pening dikepala. .papai. .


Saturday, February 25, 2012

10 SIFAT WANITA YANG DISUKAI LELAKI. . . . .

1. Sifat Keibuan Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing. 

2.Keanak-anakkan Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuatkan lelaki lebih berghairah. 

3.Penuh Pengertian Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh yang bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya. 

4.Menghargai Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. 

5.Menjaga Penampilan Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?? 

6.Pandai Berbicara Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka. 

7.Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung. 

8.Menghormati Diri Sendiri Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati. 

9.Simpati dan prihatin Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona. 

10.Solehah Lelaki juga suka pada wanita yang solehah (islamic) dan ini juga adalah salah satu dari tuntutan-tuntuan syarak.

Friday, February 24, 2012

Sebelum Dan Sesudah

Gambar sebelum di gunting. . .





Gambar semasa di gunting. . .






Gambar sesudah di gunting. . .






Comel tak???. . . . .

Thursday, February 23, 2012

Selamat Hari Kebangsaan



Selamat hari kebangsaan yang ke-28 tahun buat seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam. .semoga negara kita kekal karar. .sentiasa aman damai. .dilindungi dan diberkati oleh Allah Taala. .Amin. .



Tuesday, February 21, 2012

Menu Hari Ini



Saja je nak letak gambar lunch hari ini sebab tak nak blog aku kosong satu hari. .ehe

Hari ini aku masak special sikit. .Fish fillet sweet n sour & Telur padi goreng. .

Untuk anak2 aku ada goreng telur hancur tapi malas mau letak kat sini. .hahaha. .k lah sekadar buat entry simple pun ok wat! Bye. .

Monday, February 20, 2012

My Homemade Pizza



Azie. .ini resepi doh pizza ye. .

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera (sebaik2nya yis mauripan)
2 sudu besar susu tepung
157 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara :
•Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
•Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dgn hanya menggunakan jari.
•Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan.Uli sehingga menjadi doh yang elastik n tidak melekat d tgn.
•Teruskan menguli lebih kurang 15 minit.
•Simpan doh di dlm satu bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab.
•Rehatkan doh selama 45-50 minit.
•Panaskan oven pada suhu 180C.
•Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dgn minyak zaitun.
•Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk2kan sedikit utk keluarkan angin.
•Kemudian letakkan doh di dlm pan dengan hanya menekan dgn telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai. Ratakan doh sehingga padat.
•Cucuk permukaan doh dgn garpu.
•Kemudian jgn lupa letak topping yg kmu suka k. .
•Masak dalam 20minit sehingga warna berubah keperangan. .

☺SELAMAT MENCUBA☺

Tuesday, February 14, 2012

Kek Lapis Pesona Chez














Kek yang d tutup rapat olah cream cheese...delicious!...

















Nampak cantik bila d potong...















Cantik & sedap! hihihi..

Monday, February 13, 2012

D Dapur

Bersiaran dari dapur kecik aku. .tengah sediakan bahan2 tuk buat 'KEK LAPIS PESONA CHEZ'. .anak2 pun dah sedap tido. .takde yang akan menganggu aku. .ehehe. .dah siap nanti aku upload hasilnya. .lau dah siap tapi buruk rupa aku takleh tunjuk tau sebab malu. .haha. .sebenarnya ini x kedua aku buat. .yang 1st tak cantik. .huhu. .k lah aku chaw dulu ye. .bye~~

Sunday, February 12, 2012

Kepala Neng Neng

Baru je siap mandy pas balik dari pantai. .d pantai kami mandy manda ngan ombak rindu. .hahaha. .ombak kuat betul sampai aku d tolak oleh ombak. .yelah badan aku kan kecik. .ehehe. .

Sampai je d rumah terus je kepala aku neng neng aka pening. .dah tentu d sebabkan oleh ombak. .huhuhu. .sekarang pun mata aku asyik nak tido je. .aduhai. .sekarang aku kat rumah mak aku. .nanti malam minta adik aku hantar kami balik rumah. .ehe. .nasib baik rumah dekat. .k lah kepala neng neng nak rehat jap. .papai


Thursday, February 09, 2012

My Living Room

Inilah rupa ruang tamu aku d rumah baru aku. .ada 3set kerusi tau. .nasib baik ruang tamu luas. .pening juga kepala fikir macammana nak susun semua kerusi yang ada. .ehehe. .byk lagi yg kena ubahsuai. .nnti nak beli langsir baru. .wait ada sale bru aku beli. .ehe. .k lah kena chaw dulu. .













Tuesday, February 07, 2012

Cucur Bubuk

Rezeki sentiasa ada untuk kita. .eyh apa kena mengena ngan tajuk kat atas. .yelah rezeki ada sebab jiran sebelah kasi bubuk. .byk pulak tu. .fresh!

Ada jugak yg tak tau apa tu BUBUK? bubuk ne anak kepada udang. .hahaha. .tengoklh gambar kat bawah. .tu lh bubuk. .



Bubuk!


Bubuk yg dah aku bancuh ngan tepung,garam,lada kisar n bwg besar. .


Then goreng sampai masak. .


Dan hasilnya dah pasti lazat. .buat cicah guna sos cili,gula n bwg putih yg dpenyek. .ehe. .mantap!

Selamat Menikmati

Sempena Cuti Awam

Petang kemarin kami sekeluarga santai2 d pantai. .adik ipar aku pinjam atv kawan dia so puaslah anak2 aku,anak buah n adik2 aku main tanpa d kenakan bayaran. .beli minyak je. .

Adik aku intan je takde sebab dia bz pindah rumah. .memang boring kalau ada yg takde. .takpelah lainkali mesti semua hadir. .kita happeningkan suasana d pantai. .haha. .

Kat bawah ada gambar sikit supaya blog aku ne tak kurang gambar. .ehe. .









Sunday, February 05, 2012

Selamat Maulidur Rasul

Selamat maulidur rasul buat umat islam dseluruh negara. .semoga kita sentiasa dberi rahmat dan rezeki. .amin. .




Nasi Ayam Penyet Ala Chef Ira

Gedik je tajuk aku tu kan?takpelah kan kitakan sebagai isteri memang hari2 jadi chef. .tak jd chef terkenal pun takpe. .hahaha. .kita masak utk family tercinta. .sedap tak sedap kau kena telan juga. .wakakaka. .

Kemarin petang aku teliur nak makan nasi ayam penyet. .so aku google cari resepi. .akhirnya dapat juga. .leceh juga rupanya buat sambal penyet ne sbb kita kena goreng,pastu tumbuk. .last kena masak lg. .huhuhu. .tp dek kerna nak mkn aku pun truskn jelah. .

inilah hasil sambal penyet aku. .rupa memang tak cantik tp rasa jgn ckplh. .kata laki aku PEDAS TP SODAPP!. .


Ayam yg aku rebus terlebih dahulu. .dh matang aku perap kejap dgn kicap manis n masin. .then aku goreng sampai agak garing.


Nasi yg sudah siap masak. .aku guna air rebusan ayam. .rasanya pun boleh tahan sedap. .ini bru 1st tym tau masak nasi mcm ne.


Dan inilah hasilnya'NASI AYAM PENYET ALA CHEF IRA'