JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Monday, April 30, 2012

^my own recipe^

Kemarin angin rajin datang melanda..tiba2 je ada akal gatal nak mencuba..semua bahan pun ok ada dalam simpanan..ehehe..so try..tadaa..menjadi jugak walaupun kena tunggu semalaman baru dapat potong n ngap sebab kek yang aku cipta ne(chewah)takde guna tepung gandum or tepung naiksendiri..aku guna tepung jagung je..nama kek ne 'OREO CREAMY CAKE'..rasa kek ne ala2 rasa chez tau..lembut n sedikit creamy bila dimakan..memang sedap..yang hantu chez memang suka makan ne termasuk aku..hahaha..ada sapa2 nak try buat kek aku ne..ehehe..

Saturday, April 28, 2012

^menu petang^

Tekak memang suka makan manis2 tapi tak boleh diamalkan selalu sebab tak sihat..huhuhu..yang aku buat ne pun masih terasa manis walaupun aku dah kurangkan kuantiti gula dalam tu..nanti2 kena kurangkan lagi kuantiti gula..manis dalam senyuman tapi kurangkan manis dalam makanan..hahaha..

^2nd time^



Sejak akhir2 ini mood rajin membaking kek makin menjadi..yelah mungkin sebab adik2 aku ada dirumah so rajin pun datang melanda..tapi adik2 aku dah balik kerumah mak semalam so secara tiba2 mood rajin dah hilang..huhuhu..



Wednesday, April 25, 2012

^our bekfaz today^

My pizza tuna homemade..simple je pun topping janji pizza..hihihi..jap gi nak bakar pizza cornbeef tuk makan lunch..wahahaha..

Monday, April 23, 2012

^kek karamel gula hangus^

Baru 1st tym aku buat kek karamel gula hangus..Alhamdullilah menjadi juga..memang aku takut nak buat sebenarnya sebab takut tak menjadi karamel..tapi semangat kuat aku..akhirnya sukses juga..*thumbups*..rasa pun boleh tahan sedap makan sejuk2..fuh! mantap tau..nyummy!!!

Friday, April 20, 2012

^pavlova^

Tadi petang agak rajin lagi sebab my mum,my siblings n babyfruit datang kerumah..so buat pavlova untuk menjamu selera mereka..tu pun mereka cakap tak cukup sebab sedap sangat..hihihi..pavlova ni aku guna 1biji telur saja daripada yang sebelum ini n hasilnya pun sedikit juga..hahaha..resepi pun aku google..k lah dah tiba untuk makan malam..bye!

^tart telur^

3hari yang lepas aku terajin nak cuba buat tart telur..aku cari2 resepi kai google je..nasib baik jumpa yang simple n senang je nak buat tapi kena tunggu my lil boy tidur baru aku start bersilat didapur..hihihi..jom kita buat tart telur..


Bahan2 yang perlu ada telur,gula,susu cair,tepung gandum.tepung kastad,mentega,gula icing,air n perwarna kuning.

Ini pastry yang telah aku uli sampai menjadi doh..

Filling kastad.. 

Aku guna acuan yang paling kecil..

Dah siap terap dalam acuan..

Then masukkan kastad kedalam..

Masuk dalam oven n bakar selama 25-30minit dengan 150degree..

Dan inilah hasilnya..rupa memang takde tapi rasa bolehlah tahan..hihihi..

Thursday, April 19, 2012

^baby baru^


Baby baru??...sudah semestinya bukan baby akukan..bila masanya aku mengandung??..hahaha..ini babyfruit aku yang lahir 16hb april yang lepas..anak kepada adik ipar aku kartini..berat baby ne 3.48kg..besar jugakan..yelah dah due date..terlampau matang dalam perut..huhuhu..oh ye nama baby ne Ihsan zayn...

inilah ibu kepada baby tu..buat adik ipar aku kartini..selamat berpantang n berjaga subuh..hahaha..


Wednesday, April 18, 2012

^sedih^



9hb yang lepas dapat berita yang sangat sedih sebab harta itu paling berharga sepanjang hidup kami..dulu kami selalu guna bila hendak pergi kemana2..sekarang dah tak dapat pakai lagi..remuk hatiku bila melihat gambar kat atas ini..huhuhuhu..masih lagi menunggu jawapan daripada klaim insuran n kena naik turun mahkamah..sebenarnya adik ipar aku yang pakai kereta kami ini since dia ada attachment kat kuala belait..

Semasa kejadian tu time lampu traffic warna merah dah stop..tiba2 je kereta kami dilanggar oleh kereta belakang n tersadung kedepan n sempat gak terperosok bawah pickup..sebab tu lah cermin kami pecah..bukan salah adik ipar aku tapi kereta yang melanggar kami itu yang salah..owner kereta tu orang cina..memang payah nak berurusan dengan dia sebab banyak sangat alasan dia..kalau di ikutkan memang taknak buat repot polis sebab nak buat hal sendiri tapi entahlah..susah nak cakap..

Bulan 8 kereta mazda kami masuk 12tahun umur dia..dah lama tau kami pakai kereta ne since kami berkawan..huhuhu..tapi nasib baik tak teruk sangat..dahlah taknak sedih2 lagi..cheer up to me ;)


^biru^

Tahun ini aku agak aku dah suka warna lain selain warna merah dan coklat..sekarang kalau u olz nampak aku dah tukar warna background kaler aku menjadi warna biru..tak tau kenapa aku suka warna biru tahun ini..tapi bukan warna biru garang tau..warna biru muda aka baby blue..sekarang pun memang aku pakai baju warna biru..ehehehe..last tym pegi shopping..tengok ada baju angry warna biru..apalagi terus je rembat..hahaha..nasib baik murah..kalau mahal tak kuasa aku nak beli..k lah taknak bebel panjang2 pagi2 macam ini..kerja banyak lagi nak buat..nanti aku cerita lagi ye..daa....

Tuesday, April 17, 2012

^16 april 2012^

AL-ZUKHRI MULTAQEM
Kemarin my lil boy sudah pun berusia setahun 9bulan..21bulan..tak terasa langsung dah makin besar dan makin banyak akal..huhuhu..manja pun berlebihan sampai tak mau orang dekat dengan dia..kemarin dia ada perjanjian timbang berat badan..naik sikit je pun..takpelahkan janji ada naik..nurse pun rasa badan zukhri ada panas sikit so she check temperature 37.2celcius..aku tak rasa pun panas badan dia sampai macam tu..sorry baby mama terleka..kena bagi ubat panadol..aku pun sempat gak timbang berat sekejap n berat aku dah turun jadi 51.2kg..yezza!..

Friday, April 13, 2012

^mutiara kata^

*. Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat *. Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar olehkeadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai *. Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu *. Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya *. Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik *. Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan *. Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

Thursday, April 12, 2012

^buka baju..buang bulu2nya^

Memang betullah kan buka baju then buang bulu2nya..bukan lucah ok..tadi kul 4petang anak2 dah teliur nak makan jagung..so aku rebuslah..paling suka makan jagung..Elly..dia memang hantu jagung..hihihi..dia makan 2biji..licin habis..Zukhri makan juga tapi tak licin..takleh makan banyak2 nanti yak pun biji jagung..hahaha..

^sekali sekala^


Sekali sekala tuan rumah nak show off kan diri..hihihi..aku nak tayangkan tudung baru aku ne..beli dari onlineshop kat FB..murah je pun $12(rm 25)..suka sangat2 ngan design tudung ne..banyak sebenarnya aku beli tudung ropol..nanti aku tayangkan ye..hihihi..k lah nak lunch with family..bye..

^pesanan untuk suami-oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah^


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. 4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan. 7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. 8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja. 9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. 10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? 11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. 12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. 13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong. 14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? 15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. 16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. 17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? 18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak? 19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. 20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti. 21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz. 22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali 23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

^video kepanikan semasa gempa bumi d aceh^

video

Tuesday, April 03, 2012

^update kejap^

Jap g mau jalan ke kedai tailor mau hantar kain tuk buat baju raya. .macam biasalah tiap2 tahun memang kena hantar and macam biasa jua tahun ini cuma sepasang je. .taknak membazir. .baju tahun lepas pun masih ok tapi kena kempiskan perut je. .hahaha. .tahun ini juga buat baju kurung fesyen. .nasib baik anak dara aku cuma sorang je so bajet tuk kami dua cuma $50. .ok lah kan. .ehehe. .

Tuk baju cara melayu laki aku and anak2 lelaki bulan depan baru beli. .kalau boleh nak beli yang ready made je. .tahun lepas pun ready made juga. .save bajet. .hihi. .k lah nak chaw dulu. .

Monday, April 02, 2012

^dah beli^



Kemarin dah target beli kain..ajak laki aku pergi kekedai..adik aku ada bagitau tempat jual kain yang murah so pergi kesana memang semua murah2 tapi aku tak beli kain chiffon sebab aku tak minat..huhuhu..aku lebih prefer kain biasa..kain yang aku beli tu harga $12 4meter(rm24)..murahkan?? oh ye nama kedai tu..Buner enterprise yang terletak di delima serusop..aku beli 6meter sebab 4meter untuk aku..2meter untuk anak dara aku..hihihi..warna??..nanti2lah kot bagitau..tunggu raya k..ahakz!

Sunday, April 01, 2012

^bulan april^



Dah masuk bulan baru..bulan April..bulan ini banyak memeningkan kepala dan bulan yang membosankan sebab apa??

Bulan yang memeningkan sebab aku kena cari kain untuk dipakai tym raya nanti..masih lagi terfikir2 warna apa tema tahun ini untuk kami anak beranak..huhuhu..tiap2 tahun mesti lain2 warnakan..nanti nak jalan cari kain..yelah kena hantar kain sebelum 4bulan nak raya..bukan semangat sebab aku taknak hantar last minit..bila dah hantar last minit nanti tailor cuai buat kerja..betul tak??

Bulan yang membosankan sebab start 23hb laki aku kena kurung ditempat tugas sebab army ada exsais..kena tinggal dalam 15hari..lama juga tu..rindu menebal dalam masa itu..huhuhu..sabar jelah..dah memang tugas mereka..kami para2 isteri akan sentiasa mendoakan atas semua yang mereka lakukan demi negara..chewah!!