JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Monday, January 21, 2013

↭Nasi ayam penyet↭

Hari sabtu yang lepas aku merajinkan diri untuk memasak nasi ayam penyet..seawal jam 6pg aku sudah keluarkan ayam dari fridge..kupas bawang merah..kemudian aku sambung tidur lepas anak-anak pergi kesekolah..

Pukul 8pagi aku start masak..nak buat ayam penyet memang agak memakan masa sebab banyak yang kena buat..


Aku masak nasi guna air rebusan ayam..air rebusan ayam aku letak halia,bawang putih n kiub pati ayam..


Ayam yang sudah direbus aku perap pula dengan kicap masin sebelum digoreng..


Bahan-bahan untuk buat sambal penyet..Bawang merah,lada padi,lada tailan,belacan dan buah tomato..bahan-bahan semua ini digoreng satu persatu..


Safety is important ok..hahaha..


Inilah rupa bahan-bahan yang sudah digoreng..lepas ini kita tumbuk sampai lumat..


Bila dah siap ditumbuk..kita tumis dengan sedikit minyak..jangan lupa letak garam n gula..


Ayam yang sudah digoreng..


Tadaa..sedia untuk dinikmati..

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment