JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Saturday, March 02, 2013

{Pelajar UBD hilang ditawau sabah}

Aku copy paste~

Kebawah DYMM titahkan penghantaran pegawai UBD, ibu bapa, ahli keluargaJumaat, 1 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan lima (5) orang pegawai dari Universiti Brunei Darussalam(UBD), ibu bapa dan ahli-ahli keluarga kepada empat (4) orang mahasiswa yang terlibat dalam tragedi di Tawau, Sabah, Malaysia untuk diterbangkan ke Sabah dengan serta-merta menggunakan Penerbangan Diraja Brunei BI 829pukul 9.40 malam tadi dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.Keprihatinan baginda ini adalah berikutan kejadian yang berlaku melibatkan satu rombongan seramai 29 mahasiswa dan pensyarahUBD yang sedang membuat lawatan sambil belajar di Tawau, Sabah.

Pada kira-kira jam 4.00 petang kelmarin, di Sungai Balung, Tawau 500 meter dari Jambatan Sungai Balung, beberapa mahasiswa sedang membuat kajian batu-batu di tempat tersebut.Beberapa mahasiswa sedang bergerak ke tengah sungai bila tiba-tiba paras air naik dan arus sungai menjadi deras dari ulu. Empat (4) mahasiswa telah dihanyutkan oleh air yang deras tetapi dua (2) orang telah dijumpai, manakala dua (2) orang mahasiswa lagi masih belum dijumpai.Polis tempatan telah dihubungi dan dengan serta-merta Polis dan Bomba telah datang di tempat kejadian.

Pada masa ini, pihak penyelamat masih giat mencari.Sementara itu, Kounsellor Agong Brunei di Sabah telah bergegas dan sampai di Tawau semalam setelah mendapat makluman mengenai kejadian tersebut.Semua mahasiswa dan pensyarah yang selamat telah ditempatkan di sebuah hotel di Tawau, Sabah dengan diberikan bantuan-bantuan­ yangdiperlukan.

Manakala Universiti Brunei Darussalam telah menubuhkan Bilik Operasi dan menyediakan talian hotline 2463064, 2460519, 2460957 dan 7178966.Orang ramai boleh menghubungi mana-mana talian berkenaan untuk memperolehi maklumat terkini mengenai situasi ini.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment