JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Friday, June 28, 2013

{Cake pop}

Baru first time buat..senang tapi ambil masa yang agak lama..


My homemade cake pop

Bahan2 pun simple je..

Kat bawah aku share resepi dari gugel..

Lebihan Kek (apa2 perisa pun boleh)
50g butter (unsalted)
Sprinkle warna warni
Batang Lolipop / Lidi Sate dalam ukuran 15cmChocolate (dairy choc / dark choc / white choc)
Kotak polistrene1.5 tbsp Shortening / butter

Bahan-bahan hiasan yang digemari ikut kreativiti masing-masing.

(contohnya)

1- Badam Hancur (mesti dibakar dulu badamnya)
2- Sprinkle warna-warni
3- Chocolate rice
4- Eadible Beads
5- Smarties / M&M

Cara-cara

1.Hancurkan2 kek dengan menggunakan jari. Masukkan butter dah gaul hingga kek jadi moist.
2.Amik segenggam kek yg dah digaul dengan butter tadi, bentukkan bulat. Teruskan sehingga habis. Maka base Cake Pop Anda dah pun siap.
3.Sejukkan Cake Pop yang dah dibentuk bulat-bulat tadi dalam peti ais selama 2 jam. (gunakan ruang simpanan biasa, tak perlu dimasukkan dalam freezer). Tujuannya adalah supaya adunan kek yang dah dibentukkan tadi jadi betul2 pejal.
4.Setelah 2 jam, sekarang dah bolehlah memulakan proses menghias Cake Pop anda.
5.Cairkan chocolate menggunakan kaedah doubleboiling. Setelah chocolate 75% mencair, tutup api dan masukkan shortening ataupun butter dan kacau menggunakan sudu sampai semua bahan cair.
6.Keluarkan Cake Pop yang disejukkan tadi daripada peti ais. Ambil Satay Stick ataupun batang lolipop dan cucukkan pada cake pop. Cake Pop anda akan kelihatan seperti lolipop.
7.Ambil satu cake pop yang telah dicucuk td, pegang batangnya. Tuangkan 1 sudu chocolate cair ke bahagian cake pop sehingga chocolate menyaluti Cake Pop tersebut. Sebelum chocolate mulai mengeras, taburkan sprinkle dan kacang ikut kreativiti anda.
8.Cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polisterine supaya chocolate boleh mengeras sepenuhnya. Teruskan menghias Cake Pop yanglain.



Cake pop stick n cake pop ball

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment