JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Saturday, November 30, 2013

{Hanya pinjaman dari Allah selama 11 minggu}

Sambung lagi..entry ini agak panjang ye..

Doc dah sampai..tanpa buang masa nurse jill ambil besi mulut itik..dan doc buat pap smear kat bawah..teruk sangat kena korek2 kat bawah tu..doc india okey..lepas dia korek2 terus dia ajak buat ultrasound..tak dapat jalan kena pakai wheelchair..pakai pad pun kepit je dengan paha..

Sampai dalam bilik tu terus kena scan dari bawah..lama tul kena scan..doc cakap kantung masih ada..kena tunggu dan lihat macammana nanti..dah selesai aku terus d hantar ke katil 12..jam pukul 11pagi..semua katil penuh dengan pesakit..ada jugak kes yang sama macam aku..huhuhu..

Jam 12 tengahhari macam biasa d hidang nasi serta lauk untuk lunch tapi untuk pesakit jelah..hihihi..oh ye..hubby kena balik sebab dia balik rumah packing barang2 untuk aku..so aku tinggal sendiri..nasib baik aku dapat kawan sebelah katil yang peramah..nama dia zakiah..tua 3 tahun dari aku..anak dia dah bujang lelaki 18tahun..anak paling kecik 5tahun..dia kena detect darah putih tinggi serta ada kuman dalam perut..hari2 dia kena telan 9biji ubat yang berlainan..aku sebiji pun susah nak telan..huhuhu..

Kemudian jam 2petang aku d datangi lagi oleh doc india..dia tanya ada choice nak pilih..nak masuk ubat or d&c terus..aku pilih buat d&c je terus..dia cakap okey..doc suruh aku posa jam tu juga..okey je..doc cakap akam buat d&c dalam pukul 6petang..nak tunggu jam tu berjalan memang agak lambat..balik2 aku keluar masuk toilet..huhuhu..

Bila dah hampir 6petang tiba2 perutku memulas..ari2 terasa sakit sekali..kemudian keluar lagi darah membuak kat bawah tu..aku suruh hubby panggil nurse..masa tu bapa,mama,adik aku serta ank2 aku elly n zukhri ada datang melawat aku..aku hanya mampu baring je ketika itu sebab darah keluar dengan cepat..nurse tutup tabir n check pad aku yang sudah full..heavy flood kata nurse jill..doc india yang awal tadi discuss ngan doc india pakar..dorang discuss macammana..

So bila dah discuss..doc cadang nak check dulu guna mulut itik..nurse jill ambil wheelchair n aku duduk..aku tengok katil aku penuh dengan darah..huhuhu..masuk lagi kebilik rawatan..terus buat pap smear tapi kali ini lagi sakit aku rasakan..doc korek2 dengan batang panjang..sakit yang teramat sakit..macam nak tendang je doc tu..huhuhu..memang agak banyak ketul2 yang keluar..darah pun banyak yang mengalir dari katil sampai basah lantai oleh darah..lama juga kena korek2..kalau d ingatkan memang meremang bulu romaku..hmm..ketul2 darah ku d ambil sedikit untuk d hantar ke makmal..

Dah siap korek2..doc ajak buat ultrsound lagi..aduhai penat tak terkata sebab dah berapa kali ulang alik dari bilik rawatan kebilik ultrasound..lepas scan doc cakap ada 2.4cm yang tertinggal d dalam..so kena buat d&c terus..sebelum tu aku pegi toilet dulu sebab nak kencing..sakit woo bila kencing..tak terungkap dengan kata2..

Jam 8.10malam aku d sorong mengunakan katil khas menuju ke bilik operation d tingkat 1..seram sejuk bila masuk ke bilik ot..itu kali kedua aku memasuki bilik ot..dulu penah masuk masa oral operation tahun 2009..dah siap becuci dalam pukul 9lebih malam..sebelum d tolak masuk wad semula aku d pantau dulu dalam bilik ot sebab tekanan darah aku rendah n graf tak cantik..aku yang kesejukkan dalam tu memang mengigil habis..dah guna selimut wap pun tetap sejuk juga..alahai..

Dah tekanan darah aku stabil baru d tolak balik masuk ke wad..aku sempat tengok hubby,anak2 aku serta adik aku ,tikah dan suaminya masih setia menunggu aku..bapa n mama aku kena balik awal sebab dah akhir sangat untuk tunggu aku dalam ot..

Bila dah sampai ke wad n terus ke katil aku memang tak terdaya bangun sebab aku d bius separuh badan..sedar memang sedar tapi oleh kerana mengigil sejuk aku tak dapat nak buat apa..aku guna 3 selimut sekaligus tapi tetap sejuk..huhuhu..

Tak lama lepas tu hubby kena balik sebab dah habis waktu melawat jam 9.30malam..sedih tengok anak aku zukhri balik..muka dia pun sedih tengok aku..huhuhu..

Kaki memang agak kebas macam semut2..aku cuma mampu gerakkan ujung kaki je..alahai..memang seksa zahir aku..dalam pukul 2pagi baru aku dapat gerakkan seluruh pinggang n kaki aku..so aku tukar position tidur aku iaitu tidur menyenget atau mengiring..yelah badan dah kebas sebab selama 6jam tidur dengan position melentang..sakit badan tau..hihihi..

Aku dah redha dengan apa yang berlaku..aku sudah dapat terima semua ini..bukan rezeki kami untuk kami menimang cahayamata lagi..mungkin ada hikmah di atas apa yang berlaku..hanya tuhan yang tahu..

Esok bulan baru..bulan december..semoga bulan december aku akan dapat memulakan hidup baru dengan lebih ceria dan akan lebih berhati2 dengan kesihatanku sebab aku ada mengalami kurang darah lepas `becuci`..

K lah taknak sedih2 lagi..dah habis ceritaku yang sedih ini..esok aku cerita yang happy k..

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. takziah dear..ngeri nyer dengar... moge cepat sihat k..

    ReplyDelete
  2. hafizah~trima kasih..skrg dh ok..Alhamdullilah..

    ReplyDelete