JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Sunday, November 17, 2013

{Sambungan tragedi dibulan november}

Aku sambung cerita lagi ye..

Sebelum decide pegi hospital wassup hubby bagitau nak check up..hubby pun try tanya pegawai untuk minta kebenaran keluar..nasib baik pegawai hubby ok2 je..so dalam pukul 2lebih hubby pun sampai rumah tapi aku tak ditemani hubby ye sebab aku suruh hubby jaga anak2 kat rumah..aku ditemani birasku yang sentiasa worry about me..tenkiu my biras..

Dekat pukul 5petang kami sampai dihospital..daftar n tunggu giliran..pukul 7lebih baru aku dapat katil kosong kat emergency..ramai giler patient masa tu..aku pasrah jelah menunggu walau dalam hati teringin sangat nak balik..biras aku setia menemani aku disisi..chewah..

Pukul 8lebih baru aku didatangi oleh seorang doktor bertanya sakit apa..aku bagitaulah bleeding tak henti2..doc tanya are u pregnant..mestilah aku jawab yes..doc tanya lagi anak keberapa..aku jawab yang kelima..doc tanya lagi soalan yang tak logika..single or married?..giler ko tanya macam tu..mestilah dah kawin doc..tapi takdelah aku macam tu..just jawab yes je..doc check tekanan darah aku..semua okey..

Serius wei i tell u..kat dalam emergency room tu yang sihat pun boleh jadi sakit sebab sejuk sangat..aku dah tergetar2 dalam tu..muka pucat tangan pun pucat..selimut hospital tak tebal mana pun..huhuhu..

Tak lama datang nurse boy nak ambik darah..still young..mula2 dia try kat tangan aku sebelah kanan..dia try tak dapat2..dia cakap urat aku halus..so pindah tangan sebelah..lebam okey tangan kurus aku..huhuhu..



Dia cucuk lagi tangan sebelah kiri still tak dapat ambik darah juga..so pasang drip air je..last2 dapat ambik darah kat tengah2 tangan..oh aku tak pandai explain okey..harap korang fahamlah ye..hahaha..sakit tau kena cucuk jarum..dahlah jarum besar..huhuhu..

Oh ada cerita lucu tau..semasa nurse boy tu ambik darah aku tu yang selama 10 ke 15minit..bila dia dah selesai berpeluh2 dia..hahaha..korang bayangkan betapa rumitnya dia ambik darah aku sampai berpeluh2..biras aku gelak je tengok..baru 1st katanya tengok..padahal kat dalam tu sejuk semacam..hahaha..maybe aku kesejukan kot sebab tulah dia susah nak ambik darah aku..

Dah siap semua aku diarah duduk dalam wheelchair sebab dihantar ke wad 12(wad sakit puan)..sambil menunggu kena hantar tu sempatlah aku snap gambar aku..ramailah juga yang tanya kenapa aku kat wad 12..huhuhu..



Okeylah kena stop dulu ye..dah panjang lebar ne..sabar ye esok aku sambung lagi..
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment