JellyPages.com

WANIRA'S FAMILY

WANIRA'S FAMILY

Saturday, June 29, 2013

{Spegetti}



Baru je siap masak kuah spegetti untuk dibawa nanti kerumah mertua..

Penat bukan sebab lepas masak spegetti tapi penat lepas balik dari limbang..terus beli bahan2 untuk buat spegetti..mak mertua siap pesan bagitau berapa harga semua bahan2 yang aku beli..sebab nak bayar balik apa yang aku beli tadi..bagitau pun tak payah nak tepat2..hihihi..

K lah..nak siap2 dulu..

posted from Bloggeroid

{Subuh}

Gila ke apa update entry subuh2 jam pukul 3 pagi..huhuhu..entah kenapa aku langsung tak boleh tidur..takkan sebab teruja nak pergi ke limbang..tak patut..adakah sebab tadi petang aku tertidur selama tiga jam that y i cant sleep..

Hadoi..mata aku memang dah ngantok sangat2 tapi hairan bin ajaib sebab tak dapat tidur..

Jam 6 pagi kena bangunkan anak2..bagi mandi..breakfast..then off ke limbang..aku ada masa 3 jam untuk tidur..huhuhu..pliss lah eyes..i need energi ok untuk jalan nanti pagi..

K lah nak try tidur..sebelum tu kena kira berapa ekor kambing biri2 yang ada..papai..

posted from Bloggeroid

Friday, June 28, 2013

{Cake pop}

Baru first time buat..senang tapi ambil masa yang agak lama..


My homemade cake pop

Bahan2 pun simple je..

Kat bawah aku share resepi dari gugel..

Lebihan Kek (apa2 perisa pun boleh)
50g butter (unsalted)
Sprinkle warna warni
Batang Lolipop / Lidi Sate dalam ukuran 15cmChocolate (dairy choc / dark choc / white choc)
Kotak polistrene1.5 tbsp Shortening / butter

Bahan-bahan hiasan yang digemari ikut kreativiti masing-masing.

(contohnya)

1- Badam Hancur (mesti dibakar dulu badamnya)
2- Sprinkle warna-warni
3- Chocolate rice
4- Eadible Beads
5- Smarties / M&M

Cara-cara

1.Hancurkan2 kek dengan menggunakan jari. Masukkan butter dah gaul hingga kek jadi moist.
2.Amik segenggam kek yg dah digaul dengan butter tadi, bentukkan bulat. Teruskan sehingga habis. Maka base Cake Pop Anda dah pun siap.
3.Sejukkan Cake Pop yang dah dibentuk bulat-bulat tadi dalam peti ais selama 2 jam. (gunakan ruang simpanan biasa, tak perlu dimasukkan dalam freezer). Tujuannya adalah supaya adunan kek yang dah dibentukkan tadi jadi betul2 pejal.
4.Setelah 2 jam, sekarang dah bolehlah memulakan proses menghias Cake Pop anda.
5.Cairkan chocolate menggunakan kaedah doubleboiling. Setelah chocolate 75% mencair, tutup api dan masukkan shortening ataupun butter dan kacau menggunakan sudu sampai semua bahan cair.
6.Keluarkan Cake Pop yang disejukkan tadi daripada peti ais. Ambil Satay Stick ataupun batang lolipop dan cucukkan pada cake pop. Cake Pop anda akan kelihatan seperti lolipop.
7.Ambil satu cake pop yang telah dicucuk td, pegang batangnya. Tuangkan 1 sudu chocolate cair ke bahagian cake pop sehingga chocolate menyaluti Cake Pop tersebut. Sebelum chocolate mulai mengeras, taburkan sprinkle dan kacang ikut kreativiti anda.
8.Cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polisterine supaya chocolate boleh mengeras sepenuhnya. Teruskan menghias Cake Pop yanglain.



Cake pop stick n cake pop ball

posted from Bloggeroid

{sambung~majlis persandingan}

Just see the picture...

\


Sebelum tu packing sovenier untuk tetamu yang datang..orang dewasa akan dapat beras..sementara kanak2 diberikan goodies..






Sempat ambil gambar sebelum ada tetamu ramai yang datang..hihihi..


Pengantin perempuan mula masuk dalam dewan n duduk di atas pelamin...









THE END...


Wednesday, June 26, 2013

{Sambung cerita-malam berdikir n berbedak}

15.6.2013 ngam2 harijadi aku..hihihi..malam tu ada majlis berdikir n berbedak untuk pengantin..lepas tengahari kami anak beranak datang kerumah mertua aku..so seisi mengemas rumah dimulakan dengan mengeluarkan segala kerusi n meja yang ada dalam ruang tamu..terpaksa dikosongkan sebab malam tu ruang tamu akan digunakan..



Ruang tamu yang kecik untuk tetamu yang datang tapi tak boleh ramai masuk sebab ruang sangat terhad..


Seisi mengunting pandan n bunga kertas untuk dijadikan bunga rampai..buat last minit..pandan pun masih lagi basah semasa nak digunakan..


Sebelum majlis bermula kena ambik gambar dulu..hihihi..


Pengantin dah ready..


Sempat lagi tengok ye..hihihi..


Pengantin direnjis oleh abang kandungnya..tu laki aku..hahaha..

Majlis bermula lepas sembahyang isyak kira2 pukul 8.30malam selesai dalam pukul 10malam..penat tak terkata woo..

Ok esok aku sambung next entry..majlis bersanding..

{Shopping dibeberapa kedai}

Nak cerita sikit boleh tak??..

Tadi kami singah ke Hua ho tanjung bunut sebab ajak anak2 bermain di Uni arcade..tukar koin sebanyak $10..





Kemudian naik tingkat atas tengok mainan untuk azeeq n elly sempena hadiah harijadi mereka berdua..elly kami tak dapat belikan bulan lepas sebab ada hal2 yang tertentu..so delay ke payday bulan ini..

Tapi dorang tak minat nak beli mainan kat sini sebab anak2 aku pandai tengok harga..kalau mahal memang tak pegang..harap maklum harga mainan di hua ho semua mahal2..huhuhu..

So.........……………………………………………………………

Aku sambung nanti ye..jangan marah ;)

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 25, 2013

{Jalan pi shopping}



Japgi mau jalan ambil reehan balik dari sekolah ugama petang..pastu zoom ke money changer nak bayar astro..taknak delay2 coz takut terlimpas haribulan..

Pastu nak gi shopping kat mana belum tau lagi..aku ikut hubby je kemana dia nak bawak kami..k kena chaw dulu..papai..

posted from Bloggeroid

{Setelah 10hari bercuti}


Anak2 sudah pun kembali bersekolah seperti biasa..selama bercuti sekolah hanya azeeq yang bermalam selama 10hari 10malam dirumah my parent aku..almaklumlah anak2 aku bercuti selama 11hari daripada tarikh dorang bercuti..hahaha..bila dah start sekolah selepas bercuti memang agak liat nak bangun pagi..memang kena gerak kuat badan mereka berdua sebab nyenyak sungguh tidur..

Oklah setakat ne je aku nak ceritas sebab aku nak try resepi baru tapi memang dah lama orang buat..hahaha..nak tau apa..nanti aku bagitau ye..bye..

Monday, June 24, 2013

[24.6.2006-24.6.2013]



Selamat ulangtahun buat anak tercinta 'AL-ANEEM AZEEQMAL' yang ke 7 tahun..semoga menjadi anak yang soleh..dipanjangkan umur..sihat selalu..cerdik didalam semua pelajaran..serta menghormati orangtua..mama sayang azeq selalu..

posted from Bloggeroid

Sunday, June 23, 2013

{Adik ipar nikah}


Pagi 14.6.2013 pukul 6pagi sudah bangun n kejutkan anak2 untuk mandi sebab mau jalan ke masjid jame kiarong..siap mandi n bekfaz semua terus zoom ke masjid jame..sampai sana pukul 8pagi..taknak buang masa terus je angkat sovenier yang sememangnya penuh dalam kereta..nasib baik kereta kami besar..kalau kecik memang tak muat woo..
(dalam perjalanan ke masjid jame)

Sempat lagi ambil gambar anak2 sebelum majlis bermula pukul 9.30pagi..




Pukul 8.30pagi para tetamu yang di undang pun datang...hanya keluarga terdekat je dijemput sebab tempat sangat terhad..


Alhamdullilah pengantin lelaki melafazkan akad nikah sebanyak dua kali baru lulus..ada kisah lucu juga semasa akad nikah..hihihi..

so..nanti aku sambung lagi episod malam berdikir n berbedak k..





Thursday, June 20, 2013

{Tahniah buat adik ipar}

Esuk genaplah seminggu adik ipar aku siti kamariah menjadi seorang isteri..minggu lepas nikah di masjid Jame kiarong..baru 1st time masuk kedalam masjid yang indah dan baru pertama kali tengok orang nikah dimasjid..selalu orang nikah dirumah je pun..

Cerita aku ne panjang so aku cerita dengan episod ekk..

Hari ne nak cerita sebelum nikah..seperti biasa mengikut adat hubby..ada mengadakan mandi bedak..hanya keluarga terdekat je yang dijemput..



Pelamin comel yang dipasang hari rabu (12.6.2013)



Sebelum ditepung tawar kena posing dulu ye pengantin..senyum sikit..hihihi..










Selepas je pengantin ditepung tawar..jemputan dihidangkan dengan makanan yang agak ringkas..cuma ada kuih muih serta minuman panas je sebab majlis ne di adakan waktu petang..

Pengantin akan bernikah pada hari jumaat (14.6.2013)..macam2 persiapan kami buat..memang agak letih dengan kerja yang sememangnya agak berat juga..huhuhu..

Oklah kena stop dulu sebab mata dah ngantok sangat2..badan pun masih lagi letih..esok Insha Allah aku sambung ye..
posted from Bloggeroid

{Tukar wajah tapi takde rupa}

Huhuhu..baru je tukar background blog aku..nampak simple tak?!..otak sekarang blank dengan tiba-tiba..malas nak repair blog aku ne..hmm..lately ne memang rasa malas sangat2..nak update entry baru pun tak rajin padahal banyak sangat nak dikongsikan...nanti2lah aku share ye kalau mood aku rajin..papai..

Sunday, June 02, 2013

{Creampuff}



Baru siap buat creampuff yang mengambil masa selama sejam..paling susah dibuat tapi sedap punya pasal aku sangup buat..tapi tak bleh selalu..hihihi..

posted from Bloggeroid